Esukan : Etika Dan Sikap Pemain Esukan
19 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x E-Sukan merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, Pihak NADI x E-sukan akan mengadakan kelas kesedaran dan kelas pensijilan bagi setiap bulan iaitu 2 minggu pertama (kelas kesedaran) dan 2 minggu terakhir (kelas pensijilan). Pada 18 Januari 2026, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan kelas kesedaran E-sukan dengan tajuk “Etika dan Sikap Pemain Esukan”.
Terdapat 1 orang peserta telah menyertai program kelas kesedaran ini. Kelas kesedaran ini sangat bermanfaat kepada para peserta. Lebih lagi, para peserta tersebut mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia E-sukan. Dengan adanya kelas-kelas kesedaran dan pensijilan seperti ini, dapat membantu generasi muda yang ini mengembangkan kerjaya mereka dalam dunia E-sukan.
Program seperti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran etika dan sikap pemain esukan serta menjadi pembimbing kepada peserta untuk masa akan datang. Didalam era digitalisasi kini, permainan secara atas talian semakin mendapat perhatian dan mempunyai penggemar mereka tersendiri. Jadi, kewujudan kelas dan program seperti ini sangat membantu komuniti setempat sejajar dengan perkembangan digitalisasi global. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: